Total Tayangan Halaman

Sabtu, 28 April 2012

SEJARAH AYAM SERAMA

Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis baka yang agak baru. Sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan , sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadan Thailand di pantai timur). Baka moden ayam Serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan, yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit . Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Tahun 2000 merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka initerjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan. Walaubagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia . Tidak terdapat penulisan piwaianbagi baka di Malaysia, maupun sebarang tradisi persatuan ayam.Kebanyakan maklumat difahami oleh penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai"pertandangan cantik") dan dihakimi oleh para hakim. Serama Malaysia tidak terhad olehsatu set piwaian di negara asalnya, ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan set piwaian bagi pelbagai stail. Bagaimanapun, sesetengah orangMalaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka.Salah seorang penternak ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta:"Reka bentuk bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka perlu menetapkannya bagi ayam Serama. Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar